
Utusan Khas Hari Raya Aidil Fitri
Jawatankuasa Penerangan Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia
Bismillahirrahmannirrahiim.
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya, kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia dengan penuh rasa keinsafan .
Ia merupakan suatu titik kemenangan yang amat besar kepada umat Islam kerana dengan berkat kesabaran dan keinsafan telah berjaya membawa umat Islam melampaui batas-batas perkiraan dan perhitungan kehendak hawa nafsu di bulan Ramadhan al Mubarak .
Sabda Rasulullah s.a.w
" Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah dari bau bauan minyak kasturi .
Allah azzawajalla berkata : Sesungguhnya ia telah meninggalkan syawatnya ,makannya dan minumannya kerana aku , dan akulah yang memberikan balasannya sendiri ,"
Begitu hebatnya nikmat yang diberikan oleh Allah s.wt kepada mereka yang telah berjaya menyempurnakan ibadah di bulan Ramadhan .
Kami Jawatankuasa Penerangan Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia ingin mengambil kesempatan dan peluang ini untuk memohon beribu-ribu kemaafan kerana sesungguhnya kami semua adalah insan biasa dan tidak kebal dari melakukan kesilapan dan di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin
Azimi Bin Daim
Ketua Penerangan Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia